Utama / Tentang
IKTIRAF merupakan program pengiktirafan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada syarikat yang melaksanakan tanggungjawab Zakat Perniagaan secara konsisten dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Program ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada syarikat yang menyokong agenda kesejahteraan dan pembangunan asnaf di negeri Selangor melalui pembayaran Zakat Perniagaan.
Melalui IKTIRAF, syarikat yang layak akan menerima:
Lencana Iktiraf akan terpapar pada halaman syarikat yang tersenarai dalam direktori Iktiraf. Lencana Iktiraf diberikan mengikut jumlah bayaran Zakat Perniagaan tahunan oleh sesebuah syarikat, seperti berikut:
![]() |
Iktiraf Berlian Bayaran Zakat Perniagaan Tahunan: RM1,000,000 dan ke atas |
![]() |
Iktiraf Emas Bayaran Zakat Perniagaan Tahunan: RM500,000 hingga RM999,999 |
![]() |
Iktiraf Perak Bayaran Zakat Perniagaan Tahunan: RM100,000 hingga RM499,999 |
![]() |
Iktiraf Gangsa Bayaran Zakat Perniagaan Tahunan: RM20,000 hingga RM99,999 |
Program Iktiraf ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada syarikat yang terlibat. Melalui Iktiraf, masyarakat boleh mengenal pasti syarikat yang memberi komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat dalam pengurusan perniagaan.
Ayuh sokong perniagaan, produk dan perkhidmatan yang menerima pengiktirafan Zakat Selangor, kerana sokongan anda kepada mereka secara tidak langsung membuka lembaran harapan baharu bagi asnaf yang memerlukan.