Utama / Terma & Syarat
Kemaskini terakhir: 2 Julai 2026
Program IKTIRAF Lembaga Zakat Selangor (MAIS) (dirujuk sebagai "Zakat Selangor") diwujudkan sebagai inisiatif penghargaan dan pengiktirafan kepada pembayar zakat yang menunjukkan komitmen konsisten dalam menunaikan zakat melalui Zakat Selangor.
2.1 Kelayakan penyertaan adalah berdasarkan rekod pembayaran Zakat Perniagaan dengan jumlah bayaran minimum RM20,000 setahun atau amaun lain yang ditetapkan oleh Zakat Selangor dari semasa ke semasa.
2.2 Program ini adalah terbuka kepada:
Kategori pengiktirafan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak Zakat Selangor seperti berikut:
| Kategori | Nilai Bayaran Zakat Tahunan |
|---|---|
| Gangsa | RM20,000 – RM99,999 |
| Perak | RM100,000 – RM499,999 |
| Emas | RM500,000 – RM999,999 |
| Berlian | > RM1,000,000 |
Zakat Selangor berhak meminda kategori dan nilai kelayakan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.
Peserta Program IKTIRAF Zakat Selangor layak menerima manfaat berikut:
5.1 Peserta bersetuju memberi kebenaran kepada pihak Zakat Selangor untuk menggunakan nama syarikat / organisasi dan logo rasmi bagi tujuan:
5.2 Sebarang penggunaan nama dan logo Peserta adalah tertakluk kepada Manual Identiti Korporat Peserta dan kesesuaian yang ditentukan oleh pihak Zakat Selangor.
6.1 Tempoh pengiktirafan adalah sah selama 18 bulan dari tarikh tawaran dikeluarkan.
6.2 Pembaharuan pengiktirafan adalah tertakluk kepada rekod pembayaran zakat semasa serta pematuhan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Zakat Selangor.
7.1 Pihak Zakat Selangor berhak menarik balik status pengiktirafan sekiranya berlaku mana-mana keadaan berikut:
7.2 Sebarang keputusan penarikan untuk menarik balik pengiktirafan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak Zakat Selangor dan keputusan tersebut adalah muktamad.
Pihak Zakat Selangor berhak meminda, menambah atau mengubah mana-mana terma dan syarat Program IKTIRAF Zakat Selangor pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Dengan menerima tawaran untuk menyertai Program IKTIRAF Zakat Selangor ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Zakat Selangor.
Zakat Selangor komited untuk mematuhi prinsip perlindungan data peribadi selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan persetujuan menyertai Program IKTIRAF ini, Peserta bersetuju: