Utama / Soalan Lazim (FAQ)
Program Iktiraf merupakan inisiatif penghargaan dan pengiktirafan yang diperkenalkan kepada mana-mana syarikat mahupun korporat yang membayar zakat perniagaan kepada LZS. Organisasi yang diberikan pengiktirafan ini akan menerima e-sijil dan e-label rasmi dan disenaraikan dalam direktori Program Iktiraf di portal rasmi.
Syarikat atau korporat yang memenuhi kriteria berdasarkan rekod pembayaran zakat yang ditunaikan dan layak menyertai Program Iktiraf.
Syarikat atau korporat yang layak akan menerima e-mel jemputan dari LZS. Seterusnya, lengkapkan proses permohonan seperti berikut:
1. Mengakses pautan permohonan yang disediakan dalam e-mel jemputan.
2. Melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.
3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
4. Hantar permohonan untuk semakan dan kelulusan.
Pengiktirafan akan diberikan selepas permohonan yang dihantar telah disemak dan diluluskan. Setelah diluluskan, pihak syarikat atau korporat akan menerima e-sijil dan e-label rasmi Program Iktiraf.
Pengiktirafan ini sah selama tempoh 18 bulan dari tarikh tawaran dikeluarkan.
Syarikat atau korporat tidak dikehendaki mengemukakan permohonan baharu untuk pembaharuan. Pengiktirafan akan diperbaharui secara automatik jika terus membuat pembayaran zakat sebelum tarikh luput dan tertakluk kepada syarat kelayakan program.
Jika syarikat atau korporat tidak membuat pembayaran zakat dalam tempoh 18 bulan, status pengiktirafan akan tamat secara automatik dan tidak lagi disenaraikan sebagai syarikat atau korporat yang aktif dalam direktori Program Iktiraf.
Setiap e-sijil pengiktirafan mengandungi kod QR untuk tujuan pengesahan. Dengan mengimbas kod QR, pengguna atau pelanggan terus ke halaman rasmi di mana status pengiktirafan syarikat dan korporat boleh disahkan.
Senarai syarikat atau korporat yang mempunyai pengiktirafan aktif boleh dilihat dalam Direktori Program Iktiraf yang terdapat di portal rasmi.
Ya. Pengiktirafan boleh dibatalkan jika organisasi didapati tidak lagi memenuhi syarat kelayakan atau gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Program Iktiraf, anda boleh menghubungi Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui saluran komunikasi rasmi yang disediakan.